|
|





-About us . All rights reserved. Disclaimer . Copyright © 2008 PerkahwinanKu.biz- |
Kan Kahwin?Alhamdulillah... |
Pendaftaran Kursus Nikah Dimana Mendaftar? Bakal pengantin yang ingin mengikuti Kursus Kefahaman Keluarga (Pra-Nikah) hendaklah terlebih dahulu membuat pendaftaran di Bilik No. 106,Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga,Jabatan Hal Ehwal Syariah yang terletak di Lantai Bawah (Ground Floor)Bangunan Jabatan Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama (Lama),Jalan Elizabeth II,Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi yang bermastautin di Daerah Brunei Muara manakal yang di Daerah lain, boleh lah mendaftar di Pejabat Ugama di Daerah masing-masing. Kelayakan? 1. Pemohon/pasangan hendaklah menetap/berasal dari Daerah masing-masing. 2. Pemohon/pasangan berasal dari luar negeri dikehendaki menyertakan Surat Kebenaran Bagi Menghadiri Kursus Pra-Nikah di Negara Brunei Darussalam daripada pihak berkenaan di negara asal mereka atau memadai dari pejabat perwakilan kedutaan mereka di Negara Brunei Darussalam sahaja. 3. Pemohon/pasangan yang berasal dari luar daerah hendaklah menyertakan surat kebenaran bagi mengikuti Kursus. 4. Surat kebenaran kursus di luar daerah dari pihak berkenaan hendaklah ditujukan kepada Ketua Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga semasa membuat permohonan. Prosedur Pendaftaran Kursus Pra-Nikah 1. Setiap pemohon dikehendaki menunjukkan resit pembayaran pendaftaran nikah yang dibuat di Mahkamah Rendah Syariah semasa mengambil Borang Permohonan Kursus Pra-Nikah di Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga. Manakala bagi pemohon yang berasal dari luar daerah hendaklah membawa bersama surat kebenaran bagi mengikuti Kursus Pra-Nikah di luar daerah dari pihak berkenaan di daerah asal mereka. 2. Pemohon dikehendaki melengkapkan borang permohonan mereka dan menghadapkannya ke Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga bagi proses pendaftaran. Setelah selesai mendaftar pemohon akan diberikan borang khas bagi tujuan pendaftaran setiap kali mereka menghadiri Kursus Kefahaman Keluarga(Pra-Nikah) dan memastikan borang tesebut dicop dan ditandatangani oleh pegawai bertugas di pintu masuk dewan Kursus Pra-Nikah diadakan pada setiap kali menghadiri Kursus tersebut mengikut jadual yang ditetapkan. 3. Borang yang lengkap adalah bagi kegunaan peserta kursus mengambil Sijil Nikah mereka di Mahkamah Rendah Syariah. Tempat-Tempat Kursus di Setiap Daerah Daerah Brunei dan Muara: : JAME' ASR HASSANIL BOLKIAH KG KIARONG : MASJID KAMPONG PERPINDAHAN LAMBAK KANAN : MASJID AL-AMEERAH AL-HAJAH MARIAM, KG JERUDONG : MASJID STKRJ LAMBAK KIRI : MASJID KAMPONG LIMAU MANIS : MASJID KAMPONG KAPOK MUARA : MASJID KAMPONG BOLKIAH, KG SERUSOP : MASJID JUBLI PERAK, SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH Daerah Belait: PEJABAT HAL EHWAL UGAMA, DAERAH BELAIT Daerah Tutong: DEWAN MASJID HASSANAL BOLKIAH, Daerah Temburong: PWD 175, BANGUNAN JABATAN HAL EHWAL SYARIAH, PEJABAT UGAMA Jadual Kursus bagi peserta lelaki ialah pada hari Selasa & bagi perempuan pula ialah hari Rabu. * Source: http://www.religious-affairs.gov.bn |
PerkahwinanKu |
Direktori Perkahwinan Terunggul Brunei |
Pengenalan |
-Pengiklanan- Hubungi Kami |
Adat Perkahwinan |
Mini Forum Perkahwinan |
Persediaan Perkahwinan |
Pengetahuan AM |
Perkahwinan dalam Islam |