Kedudukan perkahwinan dalam Islam

Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah
maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Dalam permasalahan ini boleh
didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal
nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan
dalam segala aspek.

Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya dan ini merupakan hukum asal
perkahwinan.

Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin.

Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak
memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat.

Haram kepada orang yang tidak berkemampuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri
tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia
berkahwin.


Hikmah perkahwinan

1. Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
2. Memelihara kesucian diri
3. Melaksanakan tuntutan syariat
4. Menjaga keturunan
5. Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi
membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan
memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang
disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
6. Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
7. Dapat mengeratkan silaturahim

Dalil pensyariatan

" Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari
isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka
mengapakaj mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari ni'mat Allah?"
(Surah an-Nahl: ayat 72)

" Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin)
dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka
miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha luas (pemberianNya)
lagi Maha Mengetahui."
(Surah an-Nur : ayat 32)

" Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang
ditumbuhkan oleh bumi dan dari mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui."
(Surah Yasin: ayat 36)

" Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara mu
rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi
kaum yang berfikir."
(Surah ar-Ruum: ayat 21)

" Dan segala sesuatu yang Kami ciotakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan
kebesaran Allah."
Surah al-Zariya: ayat 49


Peminangan

Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk
melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang
merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah
permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang,
bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada
wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang
disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka
hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat
bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah
berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan
sahaja.


Nikah

Rukun nikah:
- Pengantin lelaki
- Pengantin perempuan
- Wali
- Dua orang saksi
- Ijab dan kabul (akad nikah)


Mahar

Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi
isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa:
ayat 4.

Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi
sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri.

Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan
persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama,
senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh
dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang.

Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan
secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada
ahli waris isterinya.

Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada
bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh
daripadanya.

Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak
wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar
tersebut.


Jenis mahar

" Mahar misil : mahar yang dinilai berdasarkan mahar saudara perempuan yang telah berkahwin
sebelumnya

" Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh
perempuan atau walinya.


Walimatulurus

Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat
ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai
perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan
saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan
rumahtangga mereka.

Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput
jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak,
jiran dan rakan kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad s.a.w.
dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali
berhutang yang membebankan.
Perkahwinan Dalam Islam
"Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut
istilah syarak pula ialah ijab dan qabul ('aqad) yang menghalalkan pesetubuhan antara
lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut
peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran
bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan
Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan
dan mengharamkan zina."
-About us . All rights reserved. Disclaimer . Copyright © 2008 PerkahwinanKu.biz-
*Sumber- http://ms.wikipedia.org
Di antara sumber rujukan:
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan_menurut_Islam
PerkahwinanKu
Direktori Perkahwinan Terunggul Brunei
Pengenalan
-Pengiklanan-
Hubungi Kami
Adat
Perkahwinan
Mini Forum
Perkahwinan
Persediaan
Perkahwinan
Pengetahuan
AM
Perkahwinan
dalam Islam